Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak menyarankan agar pengguna Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Ampang, Selangor agar menggunakan laluan alternatif berikutan berlaku ‘sinkhole’ (lubang benam) di KM 21.30 sejak pagi tadi.
Menurut JKR, lokasi kejadian lubang benam itu berhampiran sebuah stesen minyak di Hulu Kelang dan laluan yang ditutup adalah sepanjang 10 meter.
“Insiden sinkhole ini berpunca kerana cover crossing culvert patah. Kerja pembaikan sedang dilaksanakan dengan penggantian penutup box culvert dan kerja penurapan semula. Kerja pembaikan mula dilaksanakan sejak 1 tengahari tadi dan dijangka siap malam hari ini.
“Aliran trafik di lokasi kejadian sesak dan dijangka kesesakan akan meningkat. Walau bagimana pun, kami menyarankan agar pengguna MRR2 yang mahu menuju ke Ampang agar menggunakan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE),” kata JKR.
Jika anda terpaksa menggunakan MRR2 untuk ke Ampang, anda diminta untuk lebih berhati-hati sewaktu melalui lokasi terbabit. Sila patuhi segala arahan keselamatan oleh para petugas dan tingkatkan kesabaran sewaktu memandu.
The post Elak guna MRR2 ke Ampang berikutan insiden lubang benam, kerja baikpulih sedang dijalankan – JKR appeared first on Paul Tan's Automotive News.
* This article was originally published here
For Feedback & Comments, please write to us on hello@newswire.ae