Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengumumkan pengguna kini boleh membayar kadar parkir di kawasan jajahannya dengan menggunakan aplikasi JomParking.
Jika anda pengguna baharu bagi JomParking, ini ada berita baik untuk anda. Sempena dengan kerjasama MBSA, terdapat kod promo untuk pengguna baharu. Muat turut aplikasi ini dari Google Play atau App Store, daftar dan gunakan kod promo JPFREE untuk mendapatkan 100 token percuma.
Sebelum ini, jiran sebelah Shah Alam, iaitu Majlis Bandaraya Subang Jaya telah mengumumkan kadar bayaran parkir dua jam boleh dibuat menerusi Touch n Go eWallet, selain aplikasi Setel. Terdahulu, ia hanya membenarkan penggunakan aplikasi Smart Selangor Parking dan Flexi Parking sahaja. Selain itu, JomParking juga digunakan sebagai salah satu aplikasi pembayaran parkir di jajahan MBSJ.
The post MBSA umum bayaran parkir di kawasan jajahannya kini boleh dibuat menerusi aplikasi JomParking appeared first on Paul Tan's Automotive News.
* This article was originally published here
For Feedback & Comments, please write to us on hello@newswire.ae