Sempena dengan Karnival Kerjaya MyFutureJobs & Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2023, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, Perak bakal menawarkan pengurangan saman trafik terpilih sebanyak 50% pada 25 hingga 26 Februari 2023. Program berkenaan akan berlangsung di Silverlake Village Outlet, Batu Gajah, dari jam 9 pagi hingga 4 petang.
Menurut IPD Batu Gajah, hanya pembayaran secara tunai sahaja yang akan diterima untuk melangsaikan saman trafik terpilih ini.
Walau bagaimana pun, pemberian diskaun saman ini tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya, saman memotong di garisan kembar, saman Kemalangan, saman Non Compund (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan lori, saman ubahsuai ekzos dan saman Ops Selamat tahun semasa.
The post Polis Perak beri 50% diskaun saman trafik terpilih pada 25-26 Feb 2023 di Silverlake Village Outlet, Batu Gajah appeared first on Paul Tan's Automotive News.
* This article was originally published here
For Feedback & Comments, please write to us on hello@newswire.ae