Back to Top

close

Proton X90 2023 dilancarkan secara rasmi 7 Mei ini

Proton X90 2023 dilancarkan secara rasmi 7 Mei ini

Proton X90 2023 dilancarkan secara rasmi 7 Mei ini

Proton X90 akan dilancarkan secara rasminya jam 3 petang pada 7 Mei 2023. Pelancaran model perdana Proton ini adalah sempena dengan ulang tahun ke-40 pengeluar kereta berkenaan. Perkhabaran ini diperoleh menerusi entri terkini yang dimuatnaik menerusi laman media sosial Proton sebentar tadi, dengan memaparkan imej lampu utama X90 bersama kenyataan ‘5 hari lagi’.

Manakala kapsyen yang diberikan, “Rekaan menakjubkan – nikmati perincian yang indah. Pengiraan detik bermula sekarang, untuk kereta baharu yang paling dinanti-nantikan di Malaysia. Nantikan pendedahannya, di halaman rasmi Facebook Proton. Proton X90 – akan datang kepada anda tidak lama lagi pada 7 Mei 2023, jam 3 petang.”

Tempahan bagi X90 telah pun dibuka pada awal April lalu, dan sebanyak empat varian ditawarkan iaitu Standard, Executive dan Premium – yang didatangkan dengan tujuh-tempat duduk dalam bentangan 2-3-2, sementara varian tertinggi Flagship pula menerima enam-tempat duduk dalam bentangan 2-2-2, dengan kerusi kapten pada barisan kedua menggantikan bangku biasa.


X90 berukuran panjang 4,835 mm dan lebar 1,900 mm serta jarak roda sejauh 2,815 mm. Jika dibandingkan dengan X70, X90 adalah 316 mm lebih panjang, 69 mm lebih lebar dan jarak roda 145 mm lebih jauh. Dari segi konsep, X90 lebih besar berbanding pesaingnya termasuk Mazda CX-8, Hyundai Santa Fe (versi facelift bakal dilancarkan kelak) dan Kia Sorento.

Kesemua varian dibekalkan enjin yang sama iaitu 1.5 liter tiga-silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api terus dengan gabungan unit rangkaian kuasa hibrid ringkas 48-volt (MHEV) dan unit stater generator pacuan tali sawat (Belt-Driven Starter Generator atau BSG) bagi menghasilkan kuasa maksima 190 PS bersama tork maksima 300 Nm.

Proton berkata, BSG dapat menambah baik penggunaan bahan api sekitar 15% berbanding unit 1.5 TGDi biasa, dalam masa yang sama meningkatkan output. Ia juga diberikan kotak gear dwi-klac basah tujuh-kelajuan yang memacu kuasa ke roda hadapan.

Proton X90 1.5L Flagship 2023



















































































































































































Proton X90 1.5L Premium 2023




































































































Pilihan warna Proton X90 2023




















The post Proton X90 2023 dilancarkan secara rasmi 7 Mei ini appeared first on Paul Tan's Automotive News.

* This article was originally published here
For Feedback & Comments, please write to us on hello@newswire.ae

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *