Proton X90 dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad lalu, dan itu merupakan model flagship terbaru dan juga model hibrid pertama bagi jenama itu. Menggunakan asas daripada Geely Haoyue (atau Oktavango di pasaran lain), X90 dijual dalam empat varian di sini, dengan dua pilihan konfigurasi tempat-duduk — enam dan tujuh.
Tiga daripada varian berkenaan hadir dengan tujuh tempat duduk — Standard (RM123,800), Executive (RM130,800) dan Premium (RM144,800), dengan konfigurasi 2-3-2 (kerusi panjang untuk barisan tengah), manakala varian Flagship (RM152,800) pula dengan enam-tempat duduk dalam konfigurasi 2-2-2: captain seat untuk barisan keduanya.
Semua varian dikuasakan oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder turbocas GDI yang turut digunakan oleh X50 Flagship dan X70 terkini, tetapi dengan tambahan sistem 48V mild-hybrid dan belt-starter generator (BSG), yang menjadikan outputnya 190 PS dan 300 Nm, 13 PS dan 45 Nm lebih tinggi berbanding unit enjin sama tanpa BSG. Ini digandingkan dengan transmisi klac berkembar basah tujuh-kelajuan.
Artikel ini akan menyenaraikan perbezaan penawaran antara empat varian berkenaan untuk memudahkan anda melihat senarai kelengkapan yang ada untuk setiap daripadanya. Secara umum, Standard merupakan varian paling asas yang datang dengan lampu depan LED penuh dengan lampu isyarat sequential, kerusi balutan fabrik, kamera undur dan rim 18-inci aloi.
X90 juga lengkap dengan sistem infotainmen LCD 12.3-inci skrin sentuh dengan paparan 1920 x 720 pixel, 6 GB RAM dan 64 GB storan dalaman serta pendingin dua zon dan pendingin independen di belakang, serta corong pendingin untuk semua barisan tempat duduk. Pengecas peranti elektronik juga banyak, dengan tujuh USB semuanya, serta untuk varian paling tinggi ada pengecas tanpa wayar.
Varian Executive menerima pertambahan kerusi dengan liang udara, dengan kerusi pemandu larasan enam-arah. Ia juga datang dengan kerusi balutan kulit buatan, paparan instrumen digital 10-inci, pintu belakang berkuasa, kamera 360-darjah dengan paparan 3D dan sistem tinjauan tekanan tayar.
Varian Premium pula datang dengan tambahan saiz rim kepada 19-inci dan kulit Nappa, lampu suasana, kerusi depan larasan kuasa dan ciri tambahan untuk ADAS, dengan AEB, LDW dan kawalan melayar adaptif dengan Stop/Go disertakan.
Selain menjadi satu-satunya varian dengan enam-tempat duduk 2-2-2, varian Flagship hadir dengan tambahan sunroof panoramik besar dan suis “Boss” untuk penumpang depan, untuk membolehkan kerusi dialih ke depan dan memberikan lebih banyak ruang kaki di barisan kedua. Kerusi kapten barisan kedua juga dengan liang udara.
Untuk laporan pandu uji ringkas X90, sila rujuk di sini.
Perbezaan spesifikasi antara varian Proton X90
Proton X90 1.5 TGDi BSG Standard – RM123,800
Kelengkapan standard:
Mekanikal
- 1.5L TGDi turbocas tiga-silinder dengan sistem 48V Electric Motor Synergy
- 177 PS pada 5,500 rpm, 255 Nm pada 1,500 hingga 4,000 rpm
- 14 PS dan 52 Nm dari motor elektrik
- Transmisi klac berkembar basah tujuh-kelajuan dengan mod manual
- Tangki minyak 60 liter
- Stereng kuasa elektrik (EPS)
- Pusingan radius 5.9-meter
- Brek parkir elektronik
- Brek cakera berliang (depan), cakera tertutup (belakang)
- 4,830 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,764 mm tinggi, 2,805 mm jarak roda
- 1,730 kg berat
Luaran
- Lampu utama LED
- DRL LED
- Lampu isyarat sequential di depan
- Lampu kabus belakang LED
- Rim aloi 18-inci dengan tayar 225/55
Dalaman
- Kerusi fabrik
- Kerusi depan larasan manual
- Tiga pilihan mod stereng (Normal, Comfort dan Sport)
- Roda stereng balutan kulit
- Masukan pintar dengan Push Start
- Penghidup enjin jarak jauh
- Kunci bukaan jarak dekat, kunci automatik bila jauh
- Pilihan mod pemanduan (Eco, Comfort dan Sport)
- Kawalan melayar dengan penghad kelajuan
- Tingkap kuasa, auto naik/turun untuk semua
- Pendingin dwi-zon dengan penapis udara kabin N95
- Pendingin belakang dengan corong sebuah barisan
- Kerusi barisan kedua lipatan 60:40
- Kerusi barisan ketiga
- Lampu aluan depan
- Panel meter instrumen analog
- Paparan infotainmen tengah 12.3-inci skrin sentuh, resolution 1920 x 720 pixel
- ACO Tech ATLAS OS, 4G dan sambungan WiFi, 6 GB RAM dan 64 GB storan dalaman
- Sistem audio empat pembesar suara
- Tujuh slot USB (tiga Type A di depan, satu Type A/satu Type C di barisan kedua, dua Type A di barisan ketiga)
Keselamatan
- Enam beg udara (depan, sisi dan tirai)
- ABS, EBD, ESC, kawalan cengkaman, bantan brek, hill-hold assist, kawalan menuruni curam
- Auto brake hold
- Kamera undur
- Sensor parkir depan (dua)
- Sensor parkir belakang (empat)
- Amaran perlanggaran belakang (RCW)
- Bantuan penukaran lorong (LCA)
- Amaran lintasan trafik belakang (RTCA)
- Amaran buka pintu
- Immobiliser dan penggera anti-curi
- Lima bintang ASEAN NCAP
Proton X90 1.5 TGDi BSG Executive – RM130,800
Tambahan:
Luaran
- Lampu utama automatik
- Lampu “Follow me home”
- Pengilap automatik
- Pintu belakang berkuasa
Dalaman
- Balutan kulit buatan
- Panel instrumen digital LCD penuh 10-inci
- Kerusi pemandu larasan kuasa enam arah
- Kerusi depan berliang
Keselamatan
- Sistem peninjau tekanan tayar (TPMS)
- Kamera 360-darjah dengan paparan 3D
Proton X90 1.5 TGDi BSG Premium – RM144,800
Tambahan:
Luaran
- Pintu ruang barangan berkuasa bukaan automatik
Dalaman
- Stereng balutan kulit Nappa
- Kemasan Balutan kulit Nappa
- Cermin pandang belakang anti-silau
- Kerusi penumbang depan larasan empat-arah
- Larasan lumbar dua arah untuk pemandu
- Pengcas tanpa wayar
- Lampu suasana
- Filem penapis haba keselamatan
Keselamatan
- Autonomous Emergency Braking (AEB)
- Amaaran perlanggaran depan
- Kawalan melayar adaptif dengan Stop/Go
- Kawalan melayar pintar
- Amaran penukaran lorong
- Penghindar penukaran lorong
- Kawalan ke tengah lorong
- Bantuan kecemasan mengekalkan lorong
- Maklumat papan tanda trafik
- Sensor parkir depan (empat)
Proton X90 1.5 TGDi BSG Flagship – RM152,800
Dalaman
- Kerusi kapten barisan kedua
- Kerusi barisan kedua berliang
- Suis Boss untuk kerusi penumpang depan
- Sunroof panoramik
Keselamatan
- Perakam video digital
Proton X90 1.5L Flagship 2023
Proton X90 1.5L Premium 2023
Proton X90 1.5L Executive 2023
Proton X90 1.5L Standard 2023
Pilihan warna Proton X90 2023
The post Proton X90 spesifikasi antara varian – Standard, Executive, Premium dan Flagship, RM124k-RM153k appeared first on Paul Tan's Automotive News.
* This article was originally published here
For Feedback & Comments, please write to us on hello@newswire.ae