Back to Top

close

Salah laku ujian keselamatan Daihatsu: tiada recall untuk Axia, penghantaran diteruskan – CEO Perodua

Salah laku ujian keselamatan Daihatsu: tiada recall untuk Axia, penghantaran diteruskan – CEO Perodua

Salah laku ujian keselamatan Daihatsu: tiada recall untuk Axia, penghantaran diteruskan – CEO Perodua

Susulan pengakuan Daihatsu yang melakukan manipulasi keputusan ujian pelanggaran yang turut melibatkan Perodua Axia baru-baru ini, hari ini presiden dan CEO Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi.

Menurut beliau, Perodua bersama dengan Daihatsu ketika menjalankan ujian keselamatan bagi Perodua Axia serba baharu di Jepun, dan ia turut disaksikan oleh pihak berkuasa dan agensi berkaitan untuk penilaian masing-masing.

“Memandangkan kami menerima berita tentang penyelewengan prosedur oleh Daihatsu ini, kami segera menghubungi badan-badan ini untuk menentukan sama ada standard keselamatan Perodua Axia telah terjejas. Kami diberi jaminan bahawa walaupun pendedahan oleh Daihatsu, pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Perodua Axia adalah utuh,” kata Zainal.

“Ini bermakna Perodua Axia selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dibuat dan juga Perodua tidak akan menghentikan penghantaran model baharu ini kepada pelanggan kami yang dihargai,” tambahnya.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami pelanggan kami berkenaan perkara ini dan kami ingin memastikan maklumat keselamatan dan spesifikasi semua model kami disahkan oleh badan profesional. Kami akan terus memantau keadaan ini dan akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkara ini apabila ada perkembangan.

“Kami mengutamakan keselamatan dan keselesaan pelanggan kami lebih dari segala-galanya dan kami akan terus melakukannya sebagai sebahagian daripada amalan kami untuk ‘Melangkaui’ apa yang dijangka”, tulis kenyataan itu lagi.

Semalam Daihatsu telah mengesahkan bahawa ia telah melakukan “salah laku” dalam ujian pelanggaran yang dilakukan bagi permohonan kelulusan peraturan untuk empat model iaitu Perodua Axia 2023, Toyota Vios (dengan lencana Yaris Ativ di Thailand dan pasaran lain), Toyota Agya dan sebuah lagi model yang akan dilancarkan.

Daihatsu mengaku di atas perbuatan tersebut dalam sebuah kenyataan, dan menambah lebih 88,000 unit dari model yang terkesan itu telah dijual di Malaysia, Thailand, Indonesia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Mexico setakat ini. Penghantaran stok baru juga telah digantung.

“Kami memohon maaf yang tak terhingga kerana mengkhianati kepercayaan pelanggan kami serta pihak berkepentingan lain dan kerana telah menyebabkan situasi ini,” jelas kenyataan yang dikeluarkan Daihatsu sebelum ini.

Syarikat induk Daihatsu iaitu Toyota telah mengeluarkan kenyataan yang dihebahkan berasingan dan datang dengan nada lebih keras.

“Kesalahan Daihatsu itu berkaitan keselematan, yang menjadi aspek paling utama sesebuah kenderaan. Kami menganggap hal ini sebagai langsung tidak boleh diterima dan mengkhianati kepercayaan pelanggan. Oleh kerana masalah ini berlaku melihatkan kereta penumpang jenama Toyota, kami percaya masalahnya tidak hanya terhad kepada Daihatsu sahaja,” jelas Pengerusi Lembaga Toyota, Akio Toyoda.

“Kami akan mulakan dengan menjalankan siasatan terperinci dan mengumpul fakta berkaitan untuk memahami situasi ini, menentukan penyebab sebenarnya dan bekerja sehabis daya untuk mengelakkannya daripada berulang. Kami juga memaklumkan kepada umum dalam waktu yang sama berkenaan fakta yang telah dikenal pasti melalui siatatan itu,” tambah beliau.

Apa yang berlaku adalah dalam ujian berkenaan adalah Daihatsu telah mengubah suai struktur bahagian dalam panel pintu hadapan. Menurut laporan Reuters, ubahsuai tersebut dibuat bagi meminimumkan risiko panel plastik dalaman pintu tersebut boleh pecah dan terhasilnya bucu tajam yang akan mencederakan ketika beg udara sisi diaktifkan – namun ia hanya untuk unit-unit yang diuji, dan tidak ada pada model produksi sebenar yang dijual.

The post Salah laku ujian keselamatan Daihatsu: tiada <em>recall</em> untuk Axia, penghantaran diteruskan – CEO Perodua appeared first on Paul Tan's Automotive News.

* This article was originally published here
For Feedback & Comments, please write to us on hello@newswire.ae

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *