Toyo Tires kini telah memperkenalkan tayar Toyo Proxes Sport 2 untuk pasaran Malaysia, sebuah tayar ultra prestasi tinggi (UHP) sebagai lanjutan kepada penawaran Toyo Proxes Sport. Model baru ini dipertingkatkan kemampuan breknya serta prestasinya ketika basah.
“Proxes Sport 2 dioptimumkan untuk janaan enjin tork tinggi, untuk memberikan kendalian mengujakan untuk semua pemandu lincah. Melalui komitmen kami untuk inovasi dan kecemerlangan, kami yakin siri tayar ini akan menjadi pilihan utama bagi pemandu yang menginginkan tayar ultra prestasi tinggi,” ujar Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia, Tan Song Chye.
Proxes Sport 2 diberikan penambahbaikan di tiga bahagian — kompaun asymmetric baru, rekaan struktur baru dan rekaan corak bunga baru. Ini menjadikan kemampuannya jarak brek dalam keadaan keringnya ialah 4% lebih pendek berbanding Proxes Sport, sementara jarak brek dalam keadaan basah pula 16% lebih pendek berbanding model lama.
Kompaun bunga asymmetric yang ada di separuh bahagian dalam tayar ini berbeza berbanding kompaun bahagian paling luar. Menggunakan Teknologi Nano Balance Toyo, sebahagian paling dalam menerima rekaan matrik polimer anjal dan silika penyuraian tinggi, sementara sebahagian luarnya menerima rekaan matriks polimer elastik dan silika terkumpul dengan kawalan penyuraian.
Idea di sebalik corak kompaun asymmetric itu ialah untuk mempunyai kompaun yang anjal untuk bahagian dalam serta kompaun keras di bahagian luar. Yang di dalam meningkatkan sentuhan dengan permukaan jalan, sementara yang di luar memperkukuhkan bentuk ketika bebanan berat. Dengan ini, kendalian dan membrek dapat ditambah baik.
Kompaun corak asymmetric berkenaan disokong oleh struktur lebih kuat, menampilkan lapisan atas yang lebih keras dan lingkaran keras maksimum. Corak ini juga menerapkan rekaan taper dinamik dengan alun sisi yang memperbaiki prestasi membrek dengan menekan tekanan bucu alun ketika membrek. Ini memberikan sentuhan permukaan dengan agihan sekata dan mempertingkatkan kekerasan blok.
Toyo Proxes Sport 2 ini datang dalam 31 saiz dari 18-inci hingga 20-inci, merangkumi tayar untuk kereta segmen C hinggalan kelas eksekutif kompak premium, seperti yang ditunjukkan oleh model kenderaan yang digunakan untuk demonstrasi — BMW 3 Series, Mercedes-Benz C-Class dan Lexus IS. Harga pula bermula antara RM700 hingga RM1,300 setiap satu.
The post Toyo Proxes Sport 2 dilancar di Malaysia — tayar UHP generasi kedua, 31 saiz 18″ hingga 20″, dari RM700 appeared first on Paul Tan's Automotive News.
* This article was originally published here
For Feedback & Comments, please write to us on hello@newswire.ae